Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Kawalan, Perangkaan dan Pos-Pos Kawalan


Bahagian Kawalan, Perangkaan dan Pos-Pos Kawalan bertanggungjawab memastikan kelancaran tugas di semua pos kawalan di seluruh negara. Di samping itu, bahagian ini juga diberi tanggungjawab u​​​ntuk mengeluarkan arahan-arahan tertentu dan membuat jadual bertugas (roster) bagi semua pos kawalan di daerah Brunei Muara, Daerah Temburong termasuklah juga pejabat-pejabat cawangan Daerah Tutong dan Temburong.

 
Selain tugas-tugas dalam Jabatan, bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengadakan lawatan ke pos-pos kawalan bagi memastikan kelancaran tugas dan arahan-arahan serta undang-undang dan peraturan dilaksanakan dengan teratur. Pada masa ini, bahagian ini juga diberi tanggungjawab di dalam mengendalikan hal ehwal perangkaan. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk memberikan maklumat-maklumat ke Jabatan-Jabatan dan agensi-agensi yang berkenaan.
IMG_8677.JPG


Unit Perangkaan bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat orang- orang yang keluar dan masuk melalui Pos- Pos Kawalan Imigresen dan 
perangkaan semua bahagian.​ Unit ini juga mengeluarkan perangkaan keluar dan masuk secara bulanan dan tahunan disamping menyusun semula kad turun naik yang dihadapkan dari pos-pos kawalan mengikut tarikh dan dsimpan oleh bahagian ini. 


​​​
IMG_8818.JPG 
razmi.jpg
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

- Mentadbir semua Pos-Pos Kawalan termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan yang bertugas di Pos-Pos Kawalan ini termasuk menilai prestasi, pengawasan disiplin dan sokongan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan di ​bawah pengawasan bahagian ini.

- Menyediakan dan membuat penyusunan jadual-jadual bertugas pegawai-pegawai di pos-pos kawalan.

- Mengawasi dan memonitor tugas-tugas pegawai di Pos-Pos Kawalan dengan memastikan semua prosedur-prosedur dan arahan-arahan dipatuhi

- Mengawas dan memata-matai p​​egawai-pegawai yang bertugas di Pos-Pos Kawalan bertugas dengan penuh disiplin, bersopan santun, penuh teliti, jujur dan amanah.

- Mempastikan buku pendaftaran cop-cop imigresen dibuat catatan mengikut tatacara yang ditentukan dengan sempurna dan teratur.

- Mempastikan penyimpanan cop-cop ditempat-tempat yang selamat dan cop-cop tersebut semestinyalah tidak dibawa keluar dari Pos Kawalan kecuali kerana bertugas.

- Menyelesaikan perkara-perkara atau masalah yang dikemukakan dari Pos-Pos Kawalan.

- Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan (Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah dari masa kesemasa).​